DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (2)

Diem Bakery Building – Introduction

Diem Bakery Building

IntroductionLet us first take a walk down memory lane, way back to 1910. The Diem Bakery building, together with the adjoining identical structure that is owned by Soon Kongsi, was built by Malaysia’s badminton great Dato’ Eddy Choong’s family. The late badminton ace was from a prominent family based in Kedah who later moved to Penang.

The Diem Bakery building was initially leased to the biggest grocery company at that time, Sin Hock Leong. People from as far as Sanglang, Kerpan, Kampong Siam, Jerlun, Air Hitam and Kubang Rotan came by boats to buy their necessities from the shop. The boats were docked behind the building facing Anak Bukit River. Sin Hock Leong ceased operations in 1955 and the building was then leased to the Grocer Association.

 

The Grocer Association not only represented the grocery industry in town but also fronted the recreational club for its members, who spent their afternoons there playing mahjong. The Association also had its annual CSR events like providing donations and scholarships to local Chinese schools. It also acted as the secretariat for marriage registration besides renting out the building for marriage functions and other events.

The building was sold to Mr. Ooi Ah Kau, an insurance agent, in 1980 who then sold it to Hock Seng Company, which used it as a warehouse in 1985. Two decades later in 2005, Hock Seng Company sold the building to Mr. Ooi Hong Yan, who converted it into a bird nest house. Fast forward to 2015, Encomas acquired the building and operates it as Diem Bakery.

 

The tedious restoration process took two years to complete and was carried out by the same team that restored the Caffe Diem building across the road. The main contractor was the father and son team of Cheng Meng Chia and Cheng Ching; Azimin Architect undertook the restoration design; and Perunding Kabatas undertook the civil and structural design of the building.

 

The building was badly damaged before the restoration. Overall, 50% of its timber had to be replaced along with the entire metal roof, with clay tiles and timber roof truss. However the timber floor slap on the first floor, made from durable jati and chengal batu wood, was intact.

 

The back extension by the previous owner of the building was originally a single storey structure constructed from steel rod and zinc roof. It was transformed into a brand new double storey modern building with ceiling height windows overlooking the river.

 

Much thanks to Uncle Soon Quah, Uncle Ooi Hock Lim, Uncle Chua Chuan Siew and many others who had provided the oral narrative on the history of the building and the surrounding areas of Pekan Cina, including Jetty Pekan Cina.

 

The sole purpose of the restoration is to give the building a new lease of life. It has always been the owner’s intention to restore our heritage and preserve our history as a reminder to future generations that there is great value in taking care of what our ancestors had left behind for us.

 

As for now, do enjoy the best bakery in town and thank you for supporting local businesses!

 

Bangunan Diem Bakery

 

Marilah bersama-sama mengimbau kenangan dan kembali ke tahun 1910. Bangunan Diem Bakery dan bangunan bersebelahan yang mempunyai struktur bangunan yang sama adalah dimiliki oleh Syarikat Soon Kongsi. Bangunan ini dibina oleh keluarga Dato’ Eddy Choong. Mendiang Dato’ Eddy Choong adalah pemain badminton yang tersohor di Malaysia yang lahir dari keluarga yang terkemuka di Kedah sebelum mereka berpindah ke Pulau Pinang.

 

Bangunan Diem Bakery pada mulanya telah disewakan kepada kedai runcit terbesar pada masa itu yang dikenali sebagai Sin Hock Leong. Ramai penduduk dan masyarakat yang datang menggunakan bot untuk membeli barang keperluan mereka, seperti dari Sanglang, Kerpan, Kampung Siam, Jerlun, Ayer Hitam dan Kubang Rotan. Penduduk-Penduduk akan melabuhkan bot mereka di bahagian belakang bangunan yang berhadapan dengan Sungai Anak Bukit. Kedai Runcit Sin Hock Leong walaubagaimanapun telah menamatkan perniagaannya pada tahun 1955 dan bangunan tersebut kemudiannya disewakan kepada Persatuan Peruncit Tempatan.

 

Persatuan Peruncit Tempatan bukan sahaja mewakili industri runcit di bandar ini bahkan juga mengetuai kelab rekreasi untuk ahli-ahlinya yang menghabiskan waktu petang mereka di persatuan dengan bermain mahjong. Persatuan Peruncit Tempatan juga menganjurkan acara tahunan mereka seperti memberi sumbangan dan biasiswa kepada sekolah-sekolah Cina tempatan. Tambahan lagi, Persatuan Peruncit Tempatan juga bertindak sebagai urus setia pendaftaran perkahwinan selain menyewakan bangunan persatuan tersebut untuk majlis perkahwinan dan acara-acara sosial yang lain.

 

Pada tahun 1980, Bangunan Diem Bakery ini dijual kepada Encik Ooi Ah Kau, seorang ejen insuran yang kemudiannya menjual bangunan tersebut kepada Syarikat Hock Seng yang menjadikan bangunan tersebut sebagai gudang penyimpanan barang pada tahun 1985. Setelah dua dekad menjadi pemilik bangunan tersebut, Syarikat Hock Seng telah menjual bangunan tersebut pada tahun 2005 kepada Encik Ooi Hong Yan yang mengubah bangunan tersebut menjadi rumah sarang burung. Syarikat Encomas telah membeli bangunan tersebut pada tahun 2015 dan sehingga kini mengendalikan bangunan tersebut sebagai Diem Bakery.

 

Proses pemulihan bangunan Diem Bakery ini mengambil masa hampir dua tahun untuk siap sepenuhnya dan ianya dilakukan oleh pasukan yang sama yang turut memulihkan bangunan Caffe Diem yang terletak di seberang jalan dengan Diem Bakery. Kontraktor utama yang dilantik untuk kerja pemulihan tersebut adalah pasukan ayah dan anak, Encik Cheng Meng Chia dan Encik Cheng Ching. Arkitek Azimin diberi tanggungjawab untuk mereka bentuk pemulihan bangunan ini manakala Perunding Kabatas mereka bentuk sivil dan struktur keseluruhan bangunan tersebut.

 

Bangunan Diem Bakery tersebut rosak teruk sebelum proses pemulihan tersebut dilakukan. Secara keseluruhannya, hampir lima puluh peratus binaan kayu perlu diganti dan keseluruhan bumbung besi juga telah digantikan dengan bumbung kepingan tanah liat dan teras atap kayu. Walaubagaimanapun, lantai kayu di tingkat pertama bangunan tersebut yang diperbuat daripada kayu jati dan kayu cengal masih elok dan utuh.

 

Penambahan pada bahagian belakang bangunan tersebut oleh pemilik sebelumnya adalah pada asalnya untuk struktur satu tingkat sahaja yang dibina menggunakan batang besi dan atap zink. Ianya kini dibina semula menjadi bangunan moden dua tingkat yang baru dengan tingkap yang tinggi menghadap Sungai Anak Bukit.

 

Terima kasih diucapkan kepada Encik Soon Quah, Encik Ooi Hock Lim, Encik Chua Chuan Siew dan ramai lagi yang telah memberikan naratif secara lisan mengenai sejarah bangunan ini dan kawasan sekitar Pekan Cina, termasuk Jeti Pekan Cina.

 

Satu-satunya tujuan pemulihan ini dilakukan adalah untuk memberi bangunan ini nafas baru. Ianya juga bertepatan dengan niat pemilik bangunan untuk mengembalikan warisan dan memelihara sejarah kita, sebagai peringatan kepada generasi akan datang, bahawa ada nilai yang tinggi dalam menjaga peninggalan daripada nenek moyang kita.

 

Buat masa ini, nikmatilah bakeri terbaik di Bandaraya Alor Setar dan terima kasih kerana menyokong perniagaan tempatan!

 

Diem Bakery 建筑

 

让我们先走进1910年的记忆小巷,Diem Bakery与相邻的顺公司建筑结构,由马来西亚羽球名将拿督庄友明家族兴建,这名门家族最初居住在吉打州,之后举家移居槟城。

 

Diem Bakery建筑早期租赁给亚罗士打区内最大规模的新福隆杂货商店,那时远自吉北双弄、甲板、甘光暹、尤仑、亚依淡以及古邦罗丹一带居民都会乘船透过水路来到该处购买必需品。这些船只都是停靠在后方面向安南武吉河的新福隆杂货商建筑。新福隆杂货商店于1955年停业,有关建筑继租给杂货商公会。

 

杂货商公会不仅是当地杂货业者具有代表性的商会,该公会也为会员们提供了休闲娱乐,如打麻将等活动空间。该公会也进行了常年企业社会责任活动,如资助贫困学生及华校、提供奖学金予成绩优异的学生,并充当婚姻登记秘书处,以及租借公会场所供结婚典礼和其他活动用途。

 

该建筑于1980年出售给保险代理黄则九,黄氏之后再转售给福成公司,后者于1985年把有关建筑充作仓库用途。二十年后,福成公司将有关建筑卖给了黄丰衍,后者改为养燕屋。一直到2015年,Encomas收购了有关建筑,并将之修复翻新后经营Diem Bakery 手工面包店。

 

繁琐的修复翻新工程花了2年时间完成,由负责修复Caffe Diem的团队完成,主要承包商为庄明正和庄勤父子,Azimin建筑师包办修复设计工作。Perunding Kabatas 负责建筑物的土木工程和结构设计。

 

修复前,有关建筑严重损坏,整体而言,建筑物的50%木材结构和锌板屋顶都必须更换,屋顶以粘土瓦片取代。由于一楼木地板采用的是耐用的柚木和chengal batu硬木,所以仍保持完好无损。

 

该建筑物后部原本只是以铁杆和锌板屋顶搭建而成的单层结构,业主将之改建成一座全新的双层现代建筑,从建筑后方的落地玻璃墙望出去,安南武吉河景一览无遗。

 

非常感谢Soon Quah、黄福霖、蔡泉秀以及其他人等,以口头叙述方式提供了有关建筑物、米都唐人街周遭,包括唐人街码头过去的历史与故事等资料。

 

修复 Diem Bakery建筑的唯一目的是为古迹建筑注入新生命。业主用尽心思修复古迹建筑及保存历史,主要是提醒子孙后代必须照顾好先贤为我们所留下的宝贵遗产。

 

如今,请享用城里最美味的手工面包,感谢您对本地企业的支持。

diem bakery, pekan cina, china town, alor setar, kedah, malaysia, encomas
diem bakery, pekan cina, china town, alor setar, kedah, malaysia, encomas

DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (2) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (3) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (4) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (5) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (6) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (7)

DCIM100MEDIADJI_0009.JPG
DCIM100MEDIADJI_0012.JPG

DCIM100MEDIADJI_0070.JPG

DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (11) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (12) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (13) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (14) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (15) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (16) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (17) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (18) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (19) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (20) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (21) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (22) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (23) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (24) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (25) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (26) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (27) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (28) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (29) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (30) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (31) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (32) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (33) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (34) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (35) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (36) DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (37)

mon
mon
hdrpl
hdrpl

DIEM BAKERY BUILDING INTRODUCTION FOTO (40)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *