JETI PEKAN CINA
Bertapak hampir selama 250 tahun, Jeti Pekan Cina merupakan sebuah mercu tanda bersejarah yang mesti dilindungi dan dipelihara untuk kesejahteraan dan kemakmuran generasi akan datang. Pada tahun 1940, Jeti yang merentasi Sungai Anak Bukit ini telah dibina oleh masyarakat setempat bagi memudahkan penduduk berulang-alik di antara Kampung Seberang Nyonya dan Pusat Bandar.
Pada tahun 1970, Jeti ini telah mengalami penambahbaikkan yang sangat besar dan Jeti ini kekal sama selepas penambahbaikkan tersebut sehinggalah direvitalisasikan semula oleh ENCOMAS SDN BHD di bawah Projek CSR pada tahun 2020. Berbekalkan dengan bantuan oleh komuniti tempatan, sukarelawan dan tajaan, Jeti Pekan Cina dan kawasan sekitarnya telah diubah menjadi permata warisan seperti yang sekarang ini.
Disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah Program Jejak Warisan Alor Setar, kawasan warisan ini adalah merupakan salah satu tempat yang terpenting di dalam sejarah Bandaraya Alor Setar. Sebahagian daripada Jeti ini pernah dahulunya menjadi pelabuhan bagi perdagangan yang penting dan sibuk dengan pedagang-pedagang yang datang dari Negara Cina, Arab, Thailand, India dan negara-negara lain yang menjalankan aktiviti perdagangan mereka malah ada juga pedagang-pedagang yang menetap di sini.
Sebelum pembinaan Berek Empangan Ampang Jajar pada tahun 1971, kapal nelayan, kapal batu arang dan bot-bot kecil akan berlabuh di jeti ini sementara kapal-kapal besar yang terlibat dengan urusan import dan eksport beras dan juga rempah ratus akan berlabuh di Tanjung Charlie dan Limbong Kapal yang dekat dengan Pejabat Kastam.
Jutaan penghargaan diberikan kepada MCI Paint yang menaja semua cat untuk projek revitalisasi tersebut; kepada Perunding Kabatas dan Akitek Azimin yang membantu mereka-bentuk tembok penahan; dan juga kepada kakitangan Diem Bakery yang menjaga kebersihan ruang dan mengatur pelbagai acara dan aktiviti sosial. Secara ringkasnya, penghargaan ini ditujukan kepada semua orang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan projek revitalisasi tersebut.
Kini, Jeti Pekan Cina adalah sebuah kawasan yang bersih dan selamat untuk menyambut dan mengalu-alukan kehadiran semua pelawat-pelawatnya untuk berkunjung. Sudah menjadi niat kami untuk mempromosikan seni dan budaya tempatan, tetapi yang lebih penting adalah mewujudkan komuniti yang harmoni yang mana dapat berkembang maju seiring dengan kemajuan dalam bidang pelancongan, perniagaan dan warisan tempatan.
JETTY PEKAN CINA
DATING back 250 years, Jetty Pekan Cina is yet another historical landmark that must be protected and preserved for posterity. Spanning across Anak Bukit River, the jetty was constructed by the local community in 1940 for residents to commute between Kampung Seberang Nyonya and the city center.
The jetty had undergone a major repair in 1970 and had remained pretty much the same since then until it was revitalized under Encomas’s Project CSR in 2020. With the help of the local community, pro bono works and sponsorships, Jetty Pekan Cina and its resounding areas were transformed into the heritage gem it is today.
Endorsed by the state government under the Alor Setar Heritage Trail Programme, the heritage enclave holds a significant place in the history of Alor Setar city. This part of Pekan Cina used to be an important and busy trading port with traders from China, Arab, Thailand, India and many other countries plying their trade and settling down here.
Before the construction of the Ampang Jajar Barrage in 1971, smaller fisherman and charcoal boats would berthed at the jetty while bigger ships dealing in the import and export of rice and spices would docked at Tanjung Charlie and Limbong Kapal, close to the Custom House.
Heartfelt thanks to MCI Paint which sponsored all the paints for the revitalization project; Perunding Kabatas and Architect Azimin who helped designing the retaining wall and space making; and Diem Bakery staff for maintaining the space and organizing various social events. In short, a big shouts out to everyone that was involved in this meaningful place making project.
Today, Jetty Pekan Cina is a clean and safe community space that welcomes everyone into its warm embrace. It has always been our intention to promote local art and culture, but most importantly, a harmonious community where local tourism, businesses and our heritage can thrive.
唐人街碼頭
迄今已拥有250年历史的米都唐人街码头,是一个必须为后代进行保留及保存的历史地标。这座码头横越安南武吉河,于1940年陆路通道还未发达之前,由当地居民建造,主要供附近居民透过水路横越大街过港与市中心两岸。
这座码头于1970年一度进行大维修,之后就一直维持不变,直到2020年,在Encomas的企业社会责任项目下,透过当地社区的配合与协助、以及公益服务和赞助形式进行了振兴,重新激活唐人街码头与周边的活力,把昔日码头改造成今日的古迹“品牌”。
这座属于米都唐人街一部分的老码头,在亚罗士打市内具有重要的历史地位,它在吉打州政府的亚罗士打古迹步道计划下获得了认可。这座码头曾经是主要及繁忙的贸易港口,早期来自中国、阿拉伯、泰国、印度和许多国家的贸易商都会到此经商,并定居在这里。
米都唐人街码头在1971年安邦惹惹水坝还未兴建之前, 小型船只, 渔船和木炭船都会停靠在该处,而运载米粮和香料等大型的出入口商用船只,都是停泊在靠近关税局的丹绒查理及林蒙甲拜一带。
衷心感谢MCI油漆公司赞助这个振兴项目所有的漆料,Perunding Kabatas 及Architect Azimin 协助设计河岸挡土墙,Diem Bakery 工作人员负责清理这个空间,并策划及主办各种社区活动。在此也不忘了向参与这座老码头振兴工作的每一位致上万分谢意。
如今唐人街码头已被打造成环境清洁与安全的社区空间,欢迎各界投入其热情的怀抱。一直以来,我们都积极的在推动本地艺术与文化,不过最重要的还是打造一个和谐社区,让本地旅游业、商业和古迹能够取得蓬勃的发展。